Luar Negara

Pembunuhan Soleimani tingkatkan ketegangan di seluruh Timur Tengah

MOSCOW menganggap pembunuhan komander tertinggi tentera elit Iran Qasem Soleimani melalui serangan dron oleh Amerika Syarikat (AS) berhampiran Baghdad sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Ini akan meningkatkan ketegangan di seluruh rantau Timur Tengah, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan Kementerian Luar Rusia pada Jumaat.

“Kami menganggap pembunuhan Soleimani adalah akibat serangan peluru berpandu AS di pinggir Baghdad sebagai satu tindakan mencabar yang membawa kepada peningkatan ketegangan di seluruh rantau ini,” kata seorang pegawai kementerian itu kepada Sputnik.

“Kami mengucapkan takziah kepada rakyat Iran,” katanya.

Di BEIJING, Kementerian Luar China menyelar serangan AS di Iraq yang membunuh Soleimani dan berkata ia bercanggah dengan penggunaan angkatan tentera dalam hubungan antarabangsa.

“Kami memantau rapat insiden ini. China secara konsisten menentang penggunaan angkatan tentera dalam hubungan antarabangsa,” lapor Sputnik memetik kenyataan jurucakap kementerian itu, Geng Shuang, semasa satu taklimat pada Jumaat. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button