Nasional

Hidup tulisan Jawi!!! – Permaisuri Agong

WALAUPUN terdapat beberapa pihak yang tidak senang dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam isu tulisan Jawi namun baginda tetap terus memperjuangkan tulisan warisan Melayu itu terus dimartabatkan.

Dalam Twitternya, Tunku Azizah yang menulis menggunakan tulisan Jawi bertegas,” Hidup tulisan Jawi!!!”

Hantaran itu dibuat beberapa jam selepas beberapa pihak tidak senang dengan ciapan baginda sebelum itu, yang mempersoalkan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menentukan sama ada Jawi boleh diajar di sekolah vernakular.

“Tulisan Jawi itu adalah warisan kita orang Melayu. Mari kita semua gunakan dan martabatkan jadi kita semua senang baca.

“Siapa lebih berkuasa? Kementerian Pendidikan atau PIBG?

“Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silabus kementerian,” kata Tunku Azizah.

Walaupun baginda tidak menamakan sesiapa, catatan itu dipercayai merujuk kepada Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching yang dilaporkan berkata pengajaran Jawi di sekolah vernakular tertakluk kepada kelulusan PIBG.

Pengenalan Jawi dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu pelajar Tahun 4 mendapat bantahan kumpulan pendidikan Cina Dong Zong dan Dong Jiao Zong yang merancang mendakan kongres untuk membantahnya.

Kongres itu kemudian dibatalkan selepas polis mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang ia dianjurkan.

Dalam satu ciapan lain, Tunku Azizah sekali lagi menegaskan baginda tidak berpolitik sebaliknya hanya mahu mempraktikan tulisan warisan baginda.

“Saya tidak pernah berbahasa kasar, berpolitik atau membawang dalam Twitter. Saya hanya mempraktikkan warisan saya Jawi.

“Saya tidak pernah pergi sekolah agama di Johor tetapi kerana minat kepada Jawi saya belajar sendiri dengan mambaca surat khabar Utusan Melayu.

“Walapun saya pandai baca Jawi, saya tidak lancar menulis Jawi dan kini masi belajar menulis Jawi,” kata Tunku Azizah.

Raja Permaisuri Agong itu mula menggunakan tulisan Jawi di Twitternya pada 28 Disember lalu ditengah-tengah kehangatkan isu Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menolak pengenalan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan Cina.-SM

 

(Visited 975 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button