Luar Negara

Kes varian Omicron di UK catat Tahap 4

DISEBABKAN peningkatan kes varian Omicron, United Kingdom (UK) semalam terpaksa mempertingkatkan amaran Covid-19 ke Tahap empat (Tahap 4).

Untuk makluman, Tahap 4 merupakan kedua tertinggi ditengah-tengah lonjakan kes varian Omicron, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan yang dibuat oleh UK adalah atas saranan empat ketua pegawai perubatan negara dan pengarah perubatan Perkhidmatan Kesihatan Nasiional (NHS), kata Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial dalam satu kenyataan.

Kenyataan yang sama turut memaklumkan, jangkitan Covid-19 sudah tinggi dalam masyarakat dan penularan terutamanya datang daripada varian Delta.

“Tetapi kemunculan varian Omicron menambah risiko dan peningkatan kepada perkhidmatan awam dan penjagaan kesihatan,” katanya.

Kata kenyataan itu lagi, bukti awal juga menunjukkan bahawa varian Omicron merebak lebih cepat berbanding Delta.

Pada pandangan kerajaan, Tahap 4 bermaksud wabak Covid-19 sedang menular, penularan adalah tinggi dan tekanan Covid-19 terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan adalah meluas dan ketara atau meningkat.

United Kingdom berada di Tahap 3 sejak Mei lalu dan melaporkan, negara itu mencatat 3,137 kes varian baharu setakat ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button