Ekonomi

Hektar REIT catat RM19.1 juta suku ketiga 2021

 

Kuala Lumpur 27 Nov. – Hektar Asset Management Sdn. Bhd., Pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT), hari ini mengumumkan telah mencatat perolehan sebanyak RM19.1 juta bagi suku ketiga berakir 30 September lalu.

Hektar Reit dalam kenyataannya berkata, perolehan yang dicatatkan itu merupakan penurunan sebanyak 26.4 peratus berbanding RM26.0 juta yang dicatat bagi tempoh sama pada tahun lalu.

“Hektar REIT mencatatkan pendapatan hartanah bersih sebanyak RM10.3 juta bagi suku tahunan yang dikaji, yang merupakan penurunan sebanyak 20.1 peratus berbanding RM12.9 juta dicatat pada suku ketiga 2020, manakala pendapatan direalisasikan bagi suku ketiga 2021 juga menurun 69 peratud iaitu RM1.4 juta berbanding RM4.5 juta yang dirah pada suku ketiga 2020,” katanya.

Hektar Reit menambah pendapatan setiap unit ialah 30 sen setakat suku ketiga 2021 berbanding 98 sen pada suku serupa tahun lalu.

Penyusutan dalam Hasil Kasar dan NPI berbanding tahun lalu adalah disebabkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan pada awal suku ketiga 2021 menerusi Pelan Pemulihan Ekonomi (NRP), yang menetapkan negeri-negeri di bawah Fasa 1 terus kekal di situ sehingga mereka memenuhi kriteria tertentu sebelum boleh beralih ke fasa lain.

Mengulas lanjut, Hektar Reit berkata, peningkatan kes pandemik COVID-19 yang berlarutan telah mengakibatkan pihak berkuasa mengenakan lebih banyak sekatan pergerakan dari Mei hingga pertengahan Ogos 2021 telah menyebabkan impak teruk terhadap perniagaan di bawah suku tahunan yang dikaji.

“Kini Hektar REIT menyaksikan lebih ramai pengunjung datang ke pusat beli-belah berikutan kelonggaran PKP seiring dengan pembukaan semula ekonomi. Kami menjangkakan perniagaan akan perlahan-lahan memulih dengan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan dibuka semula dengan kebenaran untuk `dine-in’ dan pergerakan merentas negeri adalah bermanfaat kepada REIT dan pengendali pusat beli-belah yang lain,” katanya lagi.

Pengurus telah mengumumkan pada 15 November 2021 bahawa Hektar REIT mencadangkan satu penempatan persendirian sehingga 23.098 juta unit mewakili 5 peratus daripada 461.96 juta keseluruhan unit yang diterbitkan setakat 12 November 2021.

Penempatan persendirian tersebut, yang mungkin dilaksanakan sama ada secara satu tranche atau tranche berganda dalam tempoh enam bulan daripada penempatan persendirian akan digunakan sebagai modal kerja dan modal kerja digunakan selain perbelanjaan untuk proses penempatan persendirian.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button