MahkamahNasionalUncategorized

Bekas pemandu lori rogol anak jiran dipenjara 12 tahun

MERENGKUK dalam penjala selama 12 sebagai hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan rayuan tertuduh, seorang bekas pemandu lori yang merogol anak jirannya yang masih bawah umur kekal susulan rayuan ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Mahkamah Tinggi juga menambah hukuman ke atas tertuduh kepada penjara 25 tahun dan 10 sebatan selepas rayuan.

Bapa kepada enam anak itu kali pertama didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 2019 kerana merogol mangsa yang cuba membunuh diri selepas dia hamil dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta dua sebatan.

Selepas rayuan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah Tinggi tahun lepas menjatuhkan hukuman atas perbuatan sumbang mahram yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Tertuduh sebelum ini didakwa atas kesalahan merogol, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dia melakukan kesalahan terhadap seorang gadis yang ketika itu berusia 13 tahun tujuh bulan antara Mac dan April 2017 di sebuah rumah di Puchong, Selangor.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Suraya Othman berkata, rayuan lelaki itu dibenarkan kerana Mahkamah Tinggi telah menggunakan peruntukan undang-undang yang salah.

Suraya bersama panel Ahmad Nasfy Yasin dan Siti Mariana Yahya berkata, perayu patut rasa dirinya bertuah kerana pihak pendakwaan juga bersetuju dengan rayuannya.

“Saya harap anda akan bertaubat dan berubah. Jangan terjerumus dalam perbuatan seperti itu,” katanya kepada lelaki yang diwakili Usha Kulasegaran dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan itu.

Mahkamah juga berterima kasih kepada Timbalan Pendakwa Raya Aida Khairuleen Azli kerana membantu mahkamah supaya tertuduh dihukum mengikut undang-undang.

Menurut fakta kes, lelaki itu telah pergi menjemput gadis berkenaan (mangsa) untuk menghadiri majlis hari lahir anak perempuannya.

Tetapi,  sebaliknya tiada acara tersebut diadakan. Tiada sesiapa di rumah ketika itu dan ahli keluarga lelaki itu telah keluar. Mangsa memberitahu ibunya tentang perkara itu selepas disahkan hamil.

Mangsa dirujuk kepada pakar psikiatri yang mencadangkan kehamilannya digugurkan kerana mangsa tertekan dan cuba membunuh diri.

Ujian paterniti DNA turut dijalankan ke atas janin yang mengesahkan lelaki itu adalah bapa kandung. – SM

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button