KesihatanNasional

Pakar Sakit Puan Malaysia cipta kondom uniseks pertama dunia

JOHN Tang Ing Chinh satu nama yang menjadi sebutan seluruh dunia apabila rakyat Malaysia ini yang juga merupakan pakar sakit puan berjaya mencipta kondom uniseks pertama di dunia.

Kejayaan Doktor Tang dalam ciptaannya itu menjadikan ia produk yang boleh digunakan bukan sahaja lelaki tetapi juga wanita.

Menurut doktor berkenaan, hasil ciptaannya itu diperbuat daripada bahan gred perubatan yang lazimnya digunakan sebagai pembalut bagi merawat kecederaan serta luka.

Dengan keberhasilannya, kondom uniseks Wondaleaf itu, kata Doktor Tang, akan membolehkan orang ramai menjaga kesihatan seksual dengan lebih baik tanpa mengira jantina atau orientasi seksual mereka.

“Ia pada asasnya kondom biasa dengan dilitupi pelekat yang melekat pada bahagian kemaluan lelaki dan wanita serta menutup kawasan berdekatan untuk perlindungan tambahan,” kata Tang di firma bekalan perubatan Twin Catalyst.


Tambah beliau, pelekat itu hanya terdapat pada satu bahagian kondom berkenaan, bermaksud ia boleh diterbalikkan dan digunakan oleh lelaki atau wanita.

Setiap kotak Wondaleaf mengandungi dua kondom dan dijual pada harga RM14.99. Harga purata untuk sedozen kondom di Malaysia ialah RM20 hingga RM40.

Tang membuat kondom menggunakan “polyurethane” iaitu bahan yang digunakan dalam pembalut luka lutsinar yang nipis dan fleksibel namun kuat dan kalis air.

Kata Tang lagi, Wondaleaf telah melalui beberapa pusingan penyelidikan serta ujian klinikal dan akan tersedia secara komersial melalui laman web firma itu Disember ini. – SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button