HaiwanHiburan

A-Top dulu berkurap sekarang cantik gebu

SEEKOR kucing yang dulunya comot dan satu badannya dipenuhi dengan kurap, kini sudah berubah wajah menjadi seekor kucing cantik dan sangat gebu.

Perubahan itu adalah hasil penjagaan rapi dan kasih sayang ibunya, Norhawani Ahmad, 36, yang menyelamatkan kucing itu kerana berasa kesian melihat keadaan kucing tersebut dipenuhi dengan kurap daripada hujung kepala hingga hujung ekornya.

Norhawani yang menetap di Felda Maokil, Labis, Johor Bahru, Johor menceritakan bagaimana dia menemui kucing malang tersebut.

“Saya menemuinya pada 21 Ogos lalu di sebuah kedai runcit dan pada masa itu dia tengah mengiau mengikut orang ke sana sini.

“Saya tengok badannya dipenuhi dengan kurap daripada kepala sampai ke ekor, di celah-celah kakinya juga sama.

Related Articles

“Bila dia menggeleng-gelengkan kepalanya, dia akan jatuh terlentang ke belakang kerana kurapnya yang tebal di bahagian kepala dan telinga,” katanya.

Dia turut menambah bahawa dia merawat kucing yang diberikan nama A-Top di rumahnya dan hanya merawatnya sendiri dengan ubat-ubatan yang sudah tersedia di rumah di samping turut mempunyai 14 ekor kucing lain di rumah.

“Saya hanya menggunakan ubat-ubatan yang sudah ada di rumah, jadi kos ubatan tidak terlalu tinggi sangat, adalah dalam RM100,” katanya.

Dia turut memegang kata-katanya ibunya bahawa dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga.

“Saya ambil dia kerana kesian tengok dia sakit lepas itu kena buang.

“Mak selalu kata dalam rezeki kita ada rezeki untuk orang lain,” ujarnya.

Norhawani turut mengatakan bahawa A-Top kini sudah sembuh dan berat badannya juga sudah bertambah berbanding ketika A-Top sakit dahulu.

“Keadaan A-Top sekarang sudah fully-recovered daripada kurap dulu.

“Berat badannya juga sudah menaik daripada dulu 1 kilogram kepada 2 kilogram,” katanya.

Dalam pada itu, nama A-Top dipilih kerana rupanya yang seakan-akan Kak Top yang terkenal bersama seekor lagi kucing selebriti iaitu Oh My Jep.

Norhawani turut berkata bahawa A-Top adalah seekor kucing yang paling lincah, aktif dan lebih mesra berbanding kucing lain.

“Dia memang lincah terutamanya pada waktu petang dan manja dengan manusia tetapi tidak mesra dengan kucing lain,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button