Hiburan

15 artis veteran terima sumbangan Deepavali

PANDEMIK Covid-19 tidak menghalang pihak Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) untuk menyalurkan sumbangan kepada artis tanahair sebagai tanda penghargaan kerana telah berjasa kepada industri seni tanahair di samping sebagai bantuan untuk persiapan menyambut Deepavali.

Tahun ini merupakan tahun ke-9 YKAT memberikan sumbangan kepada artis tanahair yang telah mencapai umur 60 tahun bersempena perayaan Deepavali tidak lama lagi.

Pihak YKAT bersependapat di kalangan lapan orang pemegang amanah untuk tetap memberikan sumbangan kepada mereka yang layak dengan cara memasukkan terus jumlah sumbangan ke akaun penerima.

Penerima Sumbangan Deepavali pada kali ini adalah seramai 15 orang yang terdiri daripada lapan orang kaum India, empat orang kaum Melayu, dan tiga orang kaum Cina.

Mereka adalah merupakan golongan artis yang terdiri daripada kalangan pelakon, penyanyi, dan pemuzik.

Antara mereka yang menerima sumbangan tersebut ialah Subramaniam A/L S. Karuppen, Joseph A/L Arul, Goh Sin Hwa, Rahim Bin Kidol dan beberapa lagi.

Jumlah sumbangan kali ini adalah sebanyak RM15,000 dan seramai 13 artis menerima RM900 setiap seorang beserta pakej khairat berjumlah RM100.

Manakala, dua lagi artis iaitu Chen Joo Boon dan Goh Sin Hwa menerima sumbangan berjumlah RM1,000 tanpa pakej khairat kerana umur mereka masing-masing adalah 70 tahun. – SM

(Visited 387 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button