Hiburan

Sajat bercakap serupa ular, kata bekas pengurus

Usahawan kosmetik transgender yang kini melarikan diri ke Austarlia, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat didakwa bercakap seperti ular.

Bekas pengurus usahawan itu, Nurnilam Sari tersebut menyelar Sajar kerana didakwa tidak bercakap benar dalam rancangan tembual bersama pelawak terkenal, Harith Iskandar baru-baru ini.

Katanya, Sajat memutarbelitkan fakta dan menjelaskan isu mahkamah berkaitan kes penipuan dengan cara salah.

Nurnilam yang mendakwa menjadi ‘mangsa’ kes melibatkan Nur Sajat tampil menyelar apa yang telah diperkatakan oleh usahawan yang sedang diburu oleh pihak berkuasa berikutan kes mahkamah yang dihadapi oleh transgender tersebut.

“Banyak betul putar belit kau ya Sajat. Nak sangat ke aku mendedahkan semua bukti kau masa dekat mahkamah. Bukti dalam mahkamah ini perkara yang tidak boleh ditipu ya. Fakta bukan auta.

“Eh tiba-tiba kata kita Perhubungan Awam (PR) dan Pemasaran mengurus stokis. Salah itu Sajat. Kita Pengurus Besar awak dulu, pencacai mengurus segala untuk awak.

“Sampai duit kita pun pinjam berjuta kan. Cakap serupa ular,” dedahnya menerusi entri di Facebook.

Serentak itu, Nurnilam mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sajat.

Beliau juga mahu mengambil tindakan sama terhadap Harith.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Nurnilam mendakwa Harith sebagai hos temu bual telah membenarkan orang yang bersalah bercakap berhubung kes penipuan yang telah diadili di mahkamah.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada Harith Iskandar kerana membenarkan orang bersalah bercakap mengenai kes penipuan yang telah diadili di mahkamah. Mencemarkan maruah dan reputasi.

“Bila seseorang menjatuhkan reputasi kita dengan membiarkan orang yang bersalah bersuara, serta cuba membuat fakta yang salah. Jadi, hati-hati Harith dengan temu bual anda secara siaran langsung,” tulisnya.

Sementara itu Harith memberitahu bahawa dia sama sekali tidak berpihak kepada mana-mana individu seperti yang dikatakan berat sebelah semasa temu bual secara langsung itu.

Jelas Harith di Facebook, dia hanya mahu rakyat Malaysia mendengar sendiri apa yang diperkatakan Nur Sajat dari mulutnya sendiri.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button