Mahkamah

Mahkamah benarkan Najib ke Singapura jenguk anak bersalin

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibenarkan untuk ke Singapura bagi melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang bakal bersalin awal November ini.

Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan Ahli Parlimen Pekan itu untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya buat sementara hari ini.

Perkara itu diputuskan oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md. Said dan bersidang bersama-sama Datuk Ravinthran Paramaguru dan Datuk Abu Bakar Jais selepas pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bantahan dan terdapat alasan yang munasabah.

Najib akan menerima pasport tersebut Rabu ini bagi membolehkan beliau  memperbaharui dokumen perjalanan tersebut.

Beliau dijadualkan terbang ke Singapura pada 3 November selepas selesai sesi pembentangan Belanjawan 2022.

Najib sebelum ini dalam satu hantaran di akaun Twitter beliau menyatakan anak perempuannya itu telah tinggal di negara jiran sejak tiga tahun lalu kerana suami Nooryana, Daniyar Kessikbayev bekerja di negara tersebut.

Beliau membuat penerangan tersebut berikutan terdapat pihak yang mempertikaikan mengapa Nooryana Najwa mengunakan fasiliti perubatan di Singapura untuk melahirkan anak sedangkan Malaysia mempunyai hospital yang menawarkan kemudahan yang terbaik.

Pada 15 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut membenarkan permohonan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan semula pasportnya bagi tujuan sama.

Dalam afidavit sokongan yang diikrarkannya, Rosmah menyatakan, Nooryana Najwa kini menetap di Singapura selepas mendirikan rumahtangga dengan Daniyar Kessikbayev yang merupakan warganegara Kazakhstan. – UTUSAN ONLINE

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button