Ekonomi

200 warga emas terima paket makanan di Kebun Komuniti MPAJ

HOSPITAL Pantai Ampang dan Masjlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bekerjasama untuk menyediakan paket makanan tengahari untuk 200 warga emas di tiga Kebun Komuniti MPAJ.

Kebun komuniti yang terlibat ialah Kebun Komuniti Pandan Jaya Fasa 2, Kebun Komuniti Flat Merpati B, Pandan Indah dan Kebun Komuniti ArRaihan, Pandan Indah.

“Hasrat kami ialah untuk memberikan sedikit kelegaan kepada warga emas yang sering menggunakan kebun komuniti ini untuk mendapatkan sayur-sayuran sebagai makanan harian mereka.

“Kami sebagai sebuah perkhidmatan kesihatan turut bertanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan masyarakat di komuniti kami.

“Kami amat bangga dengan inisiatif Kebun Komuniti MPAJ dan berharap lebih banyak usaha kerjasama dengan MPAJ akan menyusul bagi meneruskan bantuan kepada masyarakat kawasan sekitar kami,” ,” kata Soon Mei, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ampang.

Related Articles

Kebun Komuniti MPAJ ialah suatu inisiatif lokal untuk memupuk semangat permuafakatan di kawasan kejiranan. Kebun-kebun tersebut merupakan satu usaha untuk menggalakkan pengusahaan sumber untuk bekalan hasil-hasil pertanian bagi kegunaan sendiri atau dijual bagi meningkatkan ekonomi komuniti di sesuatu kawasan.

Hospital Pantai Ampang akan meneruskan usaha bantuan masyarakat ini dengan pelancaran BakulPrihatin. BakulPrihatin merupakan pek makanan yang mengandungi beras, mi, tin sardin, minyak, gulan, garam dan tepung dan dijual pada harge RM30 di premis hospital.

Hasil penjualan pek ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan melalui MPAJ.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button