Nasional

Syarat vaksinasi lengkap kekal untuk guna kemudahan – KJ

SETIAP kemudahan yang akan dinikmati oleh rakyat seperti yang diumumkan sebelum ini dilaksanakan dengan syarat vaksinasi lengkap kekal bagi semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat jemaah Menteri hari ini.

Jelas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan, langkah itu diambil berdasarkan perkembangan terbaharu peralihan fasa PPN.

Peraturan itu jugaa mengambil kira dominasi varian Delta iaitu sebanyak 94.9 peratus dalam kalangan varian baharu COVID-19 dalam negara.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira keselamatan nyawa rakyat, mengukuhkan sistem kesihatan awam negara, melancarkan pembukaan semula ekonomi dan memastikan usaha kerajaan untuk memulakan proses peralihan ke fasa endemik dilakukan dengan selamat.

“Kita tidak selamat sehingga semua selamat.

“Oleh sebab itu, pada 8 Ogos dan 15 Ogos 2021, kerajaan telah mengumumkan kemudahan-kemudahan sektor sosial dan ekonomi hanya bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap,” tegas Khairy.

Individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh pegawai perubatan bagi membolehkan mereka mengunakan kemudahan yang dilonggarkan kepada mereka yang telah lengkap divaksin.

Perincian mengenai prodsedur operasi standard (SOP) fasa pemulihan negara akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu terdekat.

Sebelum ini, Khairy menerusi Twitter menjelaskan bahawa kebenaran makan di restoran atau ‘dine-in’ masih terhad kepada individu lengkap vaksinasi dan terpakai di semua fasa PPN.-SM

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button