Nasional

Peraturan vaksin lengkap untuk dine-in kekal di semua fasa PPN

Peraturan membenarkan hanya individu yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 untuk makan di dalam kedai kekal pada semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Twitternya.

Menurut Khairy Jalamuddin peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara mengenai perkara tersebut tidak dikemaskini.

“Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in KEKAL bagi semua fasa pemulihan.

“Peraturan yang dikeluar oleh @MKNJPM tidak dikemaskini.

Dine-in privileges for all recovery phases only for those fully vaccinated. Kenyataan rasmi akan menyusuli,” ciap Khairy Jamaluddin di Twitter.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button