Belang Bertempat

Sanggupkah pemimpin tertinggi UMNO berkorban demi kepentingan parti?

PERJALANAN politik negara semenjak dua menjak, kata istilah anak-anak muda hari ini amat berliku-liku. Siapa sangka Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke 9.

Dalam masa yang sama juga, siapa sangka Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Datuk Saiful Bahar Arshad

Kata Penganalisa Politik, Datuk Saiful Bahar Arshad, siapa sangka UMNO kembali berkuasa sebagai peneraju Kerajaan Persekutuan pada bulan Ogos 2021 setelah tewas tersungkur dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bulan Mei, 2018.

“Siapa sangka, yang menjatuhkan Kerajaan Melayu UMNO adalah bekas pemimpinnya sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” kata beliau kepada SUARA MERDEKA, baru-baru ini.

Kata Saiful lagi, satu negara tahu antara sebab kejatuhan Kerajaan Melayu UMNO adalah kerana Kes Skandal Kewangan 1MDB yang melibatkan Presiden UMNO dan bekas PM Datuk Seri Najib Razak.

Separuh daripada rakyat berpandangan ketika itu, sekiranya Najib berundur dari politik sebelum PRU-14, pasti UMNO tidak akan kalah teruk.

Namun apakan daya, penasihat-penasihat di sekeliling Boss Ku tidak mempercayai signal-signal yang jelas kelihatan, kekalahan hampir menjelma di hadapan UMNO sebelum Mei 2018.

Kini, UMNO akan berhadapan PRU-15 dengan PM Ismail Sabri dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO.

Persoalannya, kata Saiful, sanggupkah pemimpin tertinggi UMNO berkorban demi kepentingan parti UMNO?

Berkorban demi memastikan parti kembali menang Pilihanraya Umum.

Berkorban agar rakyat dapat melihat UMNO benar-benar diterajui oleh pemimpin-pemimpin baharu, bersih, rendah diri, prihatin rakyat serta disukai ramai.

Sanggupkah pemimpin tertinggi UMNO berkorban dengan melepaskan jawatan Pengerusi Barisan Nasional untuk diserahkan kepada Ismail Sabri?

Atas dasar Barisan Nasional mesti terus ke hadapan dan berhadapan pula dengan rakyat, biarlah berdepan dan kedepan dengan pemimpin wajah-wajah baharu dan segar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button