Ekonomi
Bursa dibuka tinggi tetapi terjejas ekoran pengambilan untung
BURSA Malaysia dibuka sedikit tinggi hari ini tetapi kembali menurun selepas itu kerana aktiviti pengambilan untung membabitkan saham berwajaran tinggi terpilih.
Pada pukul 9.21 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.70 mata kepada 1,530.35, daripada penutupan Isnin pada 1,533.05.
Ia dibuka 0.46 mata lebih tinggi pada 1,533.51.