Semarak jiwa patriotik, Adi Putra edar Jalur Gemilang bersama Kreatif Malaya
EDAR Jalur Gemilang dalam usaha untuk menyemarakkan semangat patriotik dan konsep Keluarga Malaysia kepada warga kota khususnya dalam kalangan belia.
Itu yang dilakukan oleh pelakon, Datuk Adi Putra pada Sabtu lalu apabila sama-sama berbasikal sambil mengedar bendera dalam program yang dianjurkan oleh Kelab Belia Kreatif Mont Kiara (Kreatif Malaya).
Menurut Adi, ada remaja yang masih mempunyai tanggpan negatif tanpa mengetahui apa sebenarnya konsep yang diperkenalkan untuk negara sekarang.
“Konsep Keluarga Malaysia adalah terbuka kepada semua bangsa, kaum dan agama. Itu yang kita patut semarakkan khususnya kepada golongan belia.
“Program seperti ini juga sedikit sebanyak akan memberi semangat jati diri kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kreatif Malaya, Nur Fazzila Rahim berkata, aktiviti mengedar jalur Gemilang ini antaranya adalah untuk memupuk semagat patriotik dan Keluarga Malaysia.
“Kita mahu semua bersama-sama untuk terus bersatu di bawah Keluarga Malaysia seperti yang diperkenalkan sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, lebih 30 orang anggota Kelab Kreatif Malaya telah berbasikal di sekitar ibu negara sambil mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai.
Selain Adi Putra, turut hadir dalam program berkenaan ialah Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dan Ketua Pemuda MCA Datuk, Nicole Wong Siaw Ting. -SM