Ekonomi

Forbix Consultancy Sedia Panduan Navigasi Perniagaan Waktu Sukar Kepada Usahawan

Individu yang sudah lama berniaga dan baharu sahaja menceburkan diri dalam dunia perniagaan pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah dan kesulitan.

Masalah dan kesulitan itu jika dipandang secara positif, ia akan menjadi cabaran sekali gus menguatkan daya tahan sesebuah perniagaan untuk kekal lama.

Bagi golongan yang masih mencari-cari cara terbaik untuk memulakan perniagaan pula, program Webinar Pantas RE-SET harus disertai pada musim pandemik ini.

Program Webinar Pantas RE-SET dirumus khas untuk membantu mereka yang memerlukan panduan menavigasi perniagaan pada waktu sukar seperti sekarang.

Syarikat pengusahanya, Forbrix akan menunjukkan teknik pengurusan perniagaan yang betul selain peserta berpeluang menerima tip perniagaan yang terbukti menjadi.

Selain itu, Forbrix juga akan tunjukkan kaedah dan jalan kepada para peserta untuk mendapatkan geran khas kerajaan serta skim pinjaman mikro yang bersesuaian.

Tawaran istimewa ke program Webinar Pantas RE-SET ini dianjurkan secara PERCUMA untuk membantu para peserta menemui kick start bisnes dengan cara yang betul.

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button