Nasional

KL, Putrajaya beralih ke Fasa 2 PPN Jumaat ini

WILAYAH Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim juga berkata, Labuan akan dibuka di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September ini seperti yang dilaksanakan di Pulau Langkawi, Kedah.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan supaya masyarakat khususnya warga kota mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Mulai 10 September Wilayah Persekutuan akan masuk ke Fasa Kedua. Labuan sama seperti Langkawi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau tapak dan hasil produk pertanian kebun bandar Hijrah Warrior di Taman Desa, Kuala Lumpur petang tadi.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button