Rencana

Hak asasi manusia terpelihara di Malaysia

Di bawah merupakan siaran ringkas tentang betapa semua nilai-nilai kemanusiaan kekal terpelihara dengan baik walau Malaysia sedang mendepani pandemik.

Bermula daripada pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehinggalah di sambung oleh Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri terkini Malaysia.

Benar, kita (Malaysia) semua bahkan di serata dunia umat manusia sedang tertekan,namun pada saat ini kerajan yang di dukung oleh golongan penjawat awam dan golongan pakar dari pelbagai bidang sedang merangka dan memperhalusi dasar-dasar terbaik bagi membebaskan rakyat negara ini.

Sedikit waktu sahaja lagi,maka kita akan kembali bebas.

Bukan hanya seorang dua, malah berpuluh-puluh “influencer” luar negara, yang mana jumlah pengikut mereka di alam maya mencecah hingga jutaan individu, termasuk lah dari negara jiran serumpun kita iaitu rakyat Indonesia yang kagum dengan kebijaksanaan dan keprihatinan kerajaan dalam menjaga dan memakmuri rakyat .

Pelbagai saluran siaran yang di gunakan oleh mereka untuk memaparkan akan kekaguman mereka ini terhadap etika dan tindak kerja pihak berwajib yakni kerajaan dalam menghadapi dan bersama-sama dengan rakyat melewati tempoh-tempoh sukar pandemik Covid-19.

Di Malaysia, SELURUH hak asasi manusia itu terjaga tanpa mengambil kira taraf kewarganegaraan seseorang individu tersebut.Dari kebebasan beragama hinggalah kebebasan dalam memilih ideologi politik yang bermacam ragam.

Hal ini,secara tidak langsung, meletakkan Malaysia pada suatu aras yang lebih baik berbanding USA yang bergelar “Polis Dunia”,saban hari melaungkan hak asasi dan keadilan tetapi hakikatnya hanya laungan kosong tanpa tindakan bermakna sama sekali.

Di negara kita setiap individu tanpa mengira kerakyatan mereka diberikan suntikan vaksin secara PERCUMA kecuali sebahagian kecil di SELANGOR yang mana PH MENJUAL vaksin kepada rakyat di kawasan tersebut. Sungguh ideologi KOMUNISME (DAP) dan kapitalis (PKR) yang berjalan seiring.

Sepanjang mendepani pandemik, pelbagai insentif dan inisiatif yang di rancang dan di laksanakan oleh pihak kerajaan bermula dari bantuan bakul makanan sehingga lah suntikan tunai secara terus yang di nikmati oleh seluruh rakyat negara ini.

Dari mereka yang berstatus bujang hinggalah golongan ibu/bapa tunggal ,dari pekerja yang mengharap gaji bulanan hinggalah peniaga tepi jalan, dari yang menetap di dalam rumah kediaman masing-masing sehingga lah gelandangan di tepi jalan.Tidak ada langsung kumpulan masyarakat yang terlepas pandang.

Bagi isu dan inisiatif kelompok gelandangan,kredit harus diberikan kepada TSAM dan pasukan yang banyak menyumbang idea dan mengawasi perjalanan tindakan yang diimplimentasikan oleh mereka tidak seperti di beberapa negara yang mana golongan gelandangan bagai di buang dan di sisihkan begitu sahaja tanpa nilai seorang manusia.

Bantuan-bantuan ini jelas membuat banyak rakyat negara lain merasa cemburu dengan keadaan rakyat negara ini semasa menghadapi pandemik.

Rakyat negara ini di tatang bagai minyak yang penuh sehinggakan kawasan pembangkang juga diberikan peruntukan yang berjumlah ratusan ribu demi kelangsungan rakyat jua.

Di akui terdapat beberapa kes terpencil di beberapa pelosok negara, namun rakyat Malaysia yang begitu peka dan lembut pula hatinya serta ringan pula tangannya dalam menghulur bantuan wajar di julang sebagai hero masyarakat kerana sangat pantas dalam bertindak.

Ini lah KELUARGA MALAYSIA, yang mana kita peduli terhadap satu dan yang lain, seperti mana pepatah melayu yang berbunyi “ringan sama di jinjing berat sama di pikul”.

Inilah wajah negara kita,berbeza fahaman politik,berbeza ideologi dan kepercayaan namun kita utuh berdiri dan bergerak sebagai sebuah “KELUARGA MALAYSIA” kerana sesungguhnya KERAJAAN INI BEKERJA BERSAMA RAKYAT.

-RP

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button