Nasional

Pesakit tular berdiri sebelum rebah dan meninggal dunia positif Covid-19 tahap empat

SEMALAM, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang pesakit yang sempat berdiri dan berpaut ke sebatang tiang sebelum rebah dan meninggal dunia.

Pesakit itu sebenarnya sedang menjalani rawatan akibat Covid-19 dan disahkan berada di kategori empat.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo berkata, mendiang dimasukkan ke hospital pada 26 Ogos lalu dan mempunyai beberapa penyakit kronik.

“Sepanjang berada di wad, keadaan pesakit tersebut kurang stabil dan memerlukan tekanan oksigen yang tinggi.

“Pesakit bagaimanapun dilihat tidak selesa dengan alat bantuan oksigen tersebut dan telah dipantau dengan kerap oleh petugas kesihatan,” katanya.

Menurut Othman, pegawai perubatan dan jururawat telah melakukan rindaan wad pada pagi itu dan menanggalkan peralatan perlindungan diri (PPE) pada pukul 1.45 petang.

Namun pada pukul 2.55 petang, petugas wad dimaklumkan bahawa ada pesakit yang telah jatuh dari katil.

“Petugas kemudian bergeras memakai PPE dalam masa lima minit dan ketika pemeriksaan dilakukan, didapati pesakit telah meninggal dunia,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button