Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kesal apabila sehingga ke hari ini, perkhidmatan atas talian di jabatan-jabatan kerajaan masih pada tahap menyedihkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lin Haslinaz menulis dalam satu status dalam Facebook miliknya, keadaan tersebut menjadi semakin kurang efektif apabila temujanji secara atas talian sekali pun perlu ambil masa sebulan hanya untuk berurusan.
“Sehari dua ini saya perlu berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pejabat pos.
“Bayangkanlah temujanji secara atas talian (online) paling cepat mengambil masa sebulan untuk berurusan. Itu pun terpaksa pilih cawangan di luar kawasan.
“Hari ini sekali lagi perlu berurusan dengan JPN pula. Nak buat temujanji online sehingga Januari 2022, tarikh penuh. Itu belum kira rencam borang-borang yang perlu diisi secara online,” katanya.
Misalnya di LHDN, sebelum ke kaunter pelanggan harus mengisi borang yang mengandungi terma-terma yang tidak semua rakyat marhaen pernah dengar atau tahu selama ini.
Selain itu, berikut adalah luahan Lin Haslinaz tentang situasi kurang baik di jabatan kerajaan yang dihadapinya :
“Langsung tak ‘friendly user’ sistemnya. Di nota pula dekat bahagian bawah ada ditulis kemungkinan temu janji akan dibatalkan sekiranya tidak mengisi dan bawa borang ini.
“Maka.. saya pun taram isi. Selepas itu, kena cetak dan bawa borang itu ke kaunter. Saya terbayang bagaimanalah pak cik dan mak cik dekat kampung tu kalau perlu berurusan dengan depa ni!
“Sampai kaunter katanya tak lengkap. Saya bagitahu tak tau nak isi sebab ada terma-terma yang saya tak familiar dan perlu merujuk kaunter.
“Hah! Mulalaaaaa dia tarik muka ‘COMMM 44’!!! Dia ingat dia pakai mask saya taktau dia tarik muka ke? Ehhhhh ini Psikologi A+ dulu tauuuu.
“Dia ingat kita ni hari-hari berurusan dengan diaorang ke? Seumur hidup ni baru first time hokeyyyyy, dahlah nak dapat date appointment sikit punya susah!
“Kena isi borang bagai, borang pula entah apa-apa terma diletaknya. Apa guna sistem? Harap-harap ada penambah baikan untuk sistem temujanji online ni please.
“Tak logik kena tunggu lama sangat untuk berurusan. Takkan kena tunggu tahun depan baru nak dapat tarikh? Macam mana nak produktif kalau macam ni?” soal Lin Haslinaz.
NOTA : Luahan rakyat Malaysia yang terpaksa berdepan dengan kelemahan sistem atas talian di jabatan kerajaan bukanlah perkara baharu namun adakah suara rakyat tidak didengari selama ini? Kepada kerajaan baharu, tolong cakna komen rakyat yang mahukan perubahan ke arah kebaikan dilaksanakan!