Nasional

Lagi Golongan Anti-Vaksin Ingin Curi Sijil Vaksinasi Dikesan, Cuba Perdaya Rakan Terdekat

Memandangkan kerajaan sebelum ini telah memberi sedikit kelonggaran kepada sektor ekonomi untuk kembali beroperasi, terdapat beberapa kelebihan yang boleh dinikmati penerima dua dos lengkap suntikan vaksin.

Antaranya, boleh kembali menikmati aktviti dine-in, masuk ke premis beli-belah yang tertentu serta menjalankan urusan di kawasan yang sering terdedah dengan risiko setelah mencapai imuniti kelompok.

Sebelum ini, tindakan mengambil vaksin ditolak sepenuhnya oleh golongan anti-vaksin dan percaya tanpa ikhtiar, mereka boleh bebas daripada penyakit berjangkit atau menjadi ejen penyebaran COVID-19.

Namun setelah melihat kelonggaran yang diberikan kerajaan, golongan anti-vaksin mula panas punggung dan merasakan tidak adil kerana tidak berpeluang untuk menjalani kehidupan normal dalam norma baharu.

Paling menyedihkan, ada dalam kalangan golongan anti-vaksin ini mula memperdaya rakan-rakan terdekat untuk mencuri sijil vaksinasi yang ada dalam aplikasi MySejatera.

Caranya, golongan anti-vaksin ini akan meminta penerima vaksin menangkap layar sijil vaksinasi mereka atas alasan ‘sekadar mahu lihat’ namun sebenarnya, ini cuma strategi mereka.

Memetik posting Zura Kadershah, tangkap layar perbualan di bawah ini adalah pendedahan yang mengejut dan penerima vaksin seharusnya melaporkan kepada pihak berkuasa wujudnya usaha untuk mencuri sijil vaksinasi :

“Sumpah tak boleh nak brain dengan manusia mcm ni. You antivacs ka, antivirus ka, antibacteria ka, antibiotics ka, tu hampa punya pasal.

“Tapi jangan nak misuse orang punya cert Mysejahtera utk kepentingan hg sndri. Susah2 kami pi beratoq kat hosp, kena cucuk, tahan sakit tangan, lenguh berhari2, sakit demam segala.

Senang hati ja nak mintak hak orang. Dah la muka tak malu mintak kat kita, bila tak bagi, kita pulak yg kena maki. Apa masalah hg pun x tau.

Jadi manusia tu, biaq berakai. Jangan letak otak kat kepala lutut. Tolong la jgn post gmbr2 digital cert kat social media sbb byk orang yang tak bertanggungjawab duk bt certificate yang fake utk golongan antivacs ni,” tulis Zura Kadershah.

MULA-MULA TANYA KHABAR

KONONNYA TERINGIN NAK TENGOK

I TAK PERCAYA VAKSIN

FUCK YOU BITCH, BERSEPAH ORANG BOLEH BAGI

MENYEMAK DEKAT BUMI, PERGI MAMPUS

Jika tidak dibendung atau tiada akta yang khusus, golongan anti-vaksin ini boleh sahaja mencuri telefon bimbit penerima vaksin dan bebas menggunakannya selagi belum ‘kantoi’.

Itu belum lagi termasuk dengan cubaan merasuah dengan bayaran tertentu agar penerima vaksin sudi meminjamkan telefon bimbit mereka kepada golongan anti-vaksin.

Jangan disebabkan perangai golongan anti-vaksin ini tidak dikawal, selepas ini setiap kali mahu masuk ke mana-mana premis, bukan sahaja sijil vaksinasi perlu ditunjuk, sebaliknya harus disertakan dengan kad pengenalan.

Jika ini yang berlaku, ternyata ia lebih melecehkan kerana sudahlah norma baharu agak leceh, terpaksa dilecehkan lagi gara-gara mahu membendung perangai musibat golongan anti-vaksin.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button