Hiburanpilihan

Dafi sifatkan bapanya beri komitmen luar biasa pada negara

PENYANYI, Dafi menganggap pemilihan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah hasil kerja keras dan disiplin yang kuat.

Menurut Dafi, bapanya sebelum ini memberikan komitmen yang luar biasa kepada negara.

“Papa tidak pernah mengeluh sekalipun sering pulang lewat ke rumah kerana terikat dengan kerja.

“Bahkan, ketika mengendalikan krisis kesihatan semasa pandemik Covid-19, papa sangat tenang walaupun diberikan tekanan,” katanya seperti dilaporkan Awani.

Dalam pada itu, Dafi berkata apa yang diterima ayahnya kini adalah sumber inspirasi buat mereka sekeluarga.

Dafi juga yakin yang bapanya akan dapat mengharungi segala cabaran dan rintangan sebagai pemimpin negara.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Keputusan itu diputuskan Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button