PELAKON popular, Remy Ishak memaklumkan dia akan berkahwin pada Sabtu ini selepas tertunda akibat pandemik Covid-19.
Menurut Remy, majlis persandingan itu sepatutnya berlangsung pada Mei lalu bersempena dengan bulan Syawal.
“Sepatutnya majlis berlangsung pada Mei tetapi ketika itu dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan jumlah kes juga agak tinggi.
“Itu yang kita berbincang semula dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak untuk mengadakan majlis perkahwinan pada Sabtu ini,” katanya.
Dalam pada itu, Remy turut memberitahu yang majlis tersebut akan berlangsung mengikut protokol dan SOP yang ditetapkan kerajaan.
Jelasnya, memandangkan Kuala Lumpur masih dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), maka keluarganya tidak akan hadir.
“Keluarga saya tidak akan hadir dari Melaka dan dan majlis tersebut hanya akan dihadiri oleh saya, bakal isteri dan wali sahaja,” katanya. -SM