Angka yang mengerikan buat para siswazah dan graduan muda
INI adalah fakta yang mana memberikan gambaran sebenar situasi yang berlaku tentang masa depan graduan muda Malaysia dalam sektor pekerjaan. Mengerikan jika kita lihat angka yang dipamerkan ini.
Inilah juga sebab mengapa sewaktu Barisan Nasional dulu banyak skim kontrak dibuka kepada graduan muda. Jawatan kontrak dibuka adalah untuk mengatasi lambakan graduan muda yang menggangur dengan memberikan peluang buat mereka diserap dalam sektor kerajaan.
Saya akui apa yang kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan dulu tidak dapat menyelesaikan masalah pengangguran graduan muda tetapi kami BN berusaha dalam mengatasinya.
Tetapi apa yang kerajaan hari ini lakukan ternyata menutup peluang buat para siswazah. Tidak cukup dengan masaalah pengganguran mereka menghentikan pula jawatan kontrak dalam sektor kerajaan. Tambah malang kerajaan juga memaksa para graduan muda yang meminjam PTPTN untuk membayar walaupun graduan itu menggangur.
Para siswazah dan graduan muda akan terus berhadapan dengan situasi :
1. Jumlah graduan (anak muda) semakin meningkat, tetapi peluang pekerjaan begitu kuncup.
2. Bidang-bidang yang memerlukan kelayakan belajar yang tinggi seperti kejuruteraan, perubatan, aeronautik dan lain-lain sudah tidak lagi menjamin kerjaya mengikut kepakaran masing-masing.
Bayangkan hampir 170,000 lepasan kejuruteraan yang memohon, hanya sekitar 800 sahaja yang ditawarkan.
3. Isu sebenarnya kerajaan makin tak berduit, terima kasih kepada PH.
4. Maka apa nasib mereka hari ini yang tidak diterima kerja? Yang telah dibuang kerja?
5. Apa nasib bakal siswazah kelak? Saiz perkhidmatan awam makin dikecilkan. Syarikat swasta banyak yang buat pengecilan.
6. Mahu berniaga, orang semakin hilang kemampuan membeli. Kadar pos naik tahun depan, iklan di FB dikenakan cukai, harga petrol naik, serba-serbi naik.
Akhirnya segala beban yang dihadapi graduan muda ini akan mengheret Ibu Bapa mereka. Ibu Bapa yang akhirnya terpaksa memikul sekali lagi tanggungjawap dalam mengatasi masaalah anak-anak mereka yang berpunca dari kegagalan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.
Wan Muhammad Azri
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia