SEORANG warga emas berusia 70 tahun antara individu yang ditahan polis dalam serbuan ke sebuah premis ‘judi online’ di Jalan Landak Off Jalan Pudu pada semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang itu turut menahan tujuh lagi lagi termasuk tiga warga asing yang bertindak sebagai penjaga premis.
“Hasil pemeriksaan di dalam premis tersebut telah merampas 12 set tablet, tiga telefon bimbit, wang tunai RM918 dan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk aktiviti tersebut.
“Kesemua tangkapan ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti judi online di sekitar Dang Wangi boleh menghubungi IPD Dang Wangi (03-26002222), Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau hadir ke maa-mana balai polis berhampiran. -SM