Nasional

10.144 juta orang dewasa lengkap dua dos vaksin

MALAYSIA hampir mencatatkan 50 peratus penduduk dewasanya menerima lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Sehingga semalam 43.3 peratus atau 10.144 juta orang dewasa di negara ini telah menerima kedua-dua dos suntikan vaksin sebagai pelindung daripada pandemik Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 16.707 juta atau 71.4 peratus penduduk dewasa telah menerima dos pertama.

Labuan mencatatkan peratusan tertinggi penduduk dewasa lengkap menerima kedua-dua dos iaitu 87.9 peratus.

Diikuti Sarawak (78.0 peratus), Lembah Kelang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (62.6 peratus), Negeri Sembilan (59.4 peratus) dan Perlis (51.9 peratus).

Lembah Kelang mencatatkan peratusan tertinggi penduduk menerima dos pertama iaitu 103.7 peratus, Labuan (98.1 peratus), Sarawak (87.9 peratus) dan Negeri Sembilan (83.0 peratus).

Hampir kesemua negeri mencatatkan lebih 50 peratus penduduk telah menerima dos pertama kecuali Sabah yang merekodkan 44.6 peratus.

Sementara itu sejumlah 462,860 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 162,1832 dos pertama dan 300,678 dos kedua.-SM

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button