Hiburanpilihan

Imam Masjid Mekah lakukan solat sunat ghaib buat arwah Siti Sarah

Solat jenazah ghaib dilakukan oleh Imam Masjid Mekah bersama dengan lebih 300 makmum untuk arwah Siti Sarah Raisuddin semalam.

Video solat jenazah ghaib itu turut dikongsi di akaun Instagram pelawak, Shuib yang juga suami kepada Siti Sarah

“Allahuakbar, pagi ini saya dapat kiriman video solat ghaib jenazah khas buat bidadari syurga saya di dalam Masjidil Haram.

“Allah maha besar, bergembiralah ibu di syurga sayang,” katanya.

Dalam pada itu, pendakwah bebaz, Ustaz Ebit Lew turut meninggalkan komen bahawa janji Allah itu adalah benar buat mereka yang sentiasa berbuat baik.

“Janji Allah itu benar buat orang yang baik dermawan dan taat pada suami dan fikir umat yang ada padanya,” katanya.

Seorang lagi pendakwah, Ustaz Abdullah Khairi turut meninggakan komen yang dia cemburu dengan kebaikan apakah yang dilakukan arwah.

“Hebat insan yang bernama Siti Sarah ini. Dia bukan ulamak atau ustaz terkenal atau pemimpin negara.

“Tapi auranya sampai ke Masjid Haram, inilah contoh utk para isteri. Cemburu saya dengan kebaikan apakah yang dilakukan,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button