Nasional

Lebih 9 juta rakyat Malaysia lengkap dua dos vaksin

JUMLAH penduduk yang telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 kini mencecah 9.048 juta orang.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) jumlah tersebut melibatkan 38.7 peratus penduduk dewasa di negara ini.

Tambahnya 15.959 juta lagi rakyat Malaysia telah disuntik satu dos vaksin yang melibatkan 68.2 peratus penduduk dewasa.

Semalam sejumlah 465,739 dos vaksin diberikan melibatkan 187,495 dos pertama dan 278,298 dos kedua.


(Visited 82 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button