Nasionalpilihan

‘Kelonggaran kepada penerima dos kedua diumum esok atau lusa’

Kerajaan akan mengumumkan kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksinasi COVID-19 pada esok atau lusa, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, ketika ini kerajaan pada peringkat akhir memutuskan perincian berhubung kelonggaran itu.

“Esok atau lusa saya akan buat pengumuman yang ditunggu-tunggu ramai membabitkan mereka yang sudah dapat dua dos vaksin.

“Contohnya, kelonggaran dan kemudahan yang akan diberi membabitkan rentas negeri atau daerah, nak jumpa ibu bapa, suami isteri terpisah atau anak, itu akan diputuskan.

“Selain itu, ia membabitkan juga sektor sosial seperti ‘dine in’ (makan di premis makanan) bersama keluarga. Maka jika diumumkan kelonggaran nanti, restoran akan dibenarkan dibuka dan ia akan diputuskan sehari dua ini,” katanya selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mobil FELDA Lenga Batu 27, di sini, hari ini. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button