Nasional

Kabinet bincang usul bahas Ordinan Darurat di Parlimen September depan

PEMBATALAN Ordinan Darurat tidak lagi berbangkit berikutan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos lalu.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, usul untuk membahas dan mengungkai ordinan darurat boleh dilakukan pada sidang Parlimen yang dijadual berlangsung September depan.

Justeru, Muhyiddin berkata, Kabinet akan membincangkan usul tersebut dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dijadualkan berlangsung esok.

“Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021 berdasarkan peruntukan Perlembahaan Persekutuan, pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit.

“Maka selaras dengan titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, suatu usul untuk membahas dan seterusnya mengungkaikan ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada bulan September 2021,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berharap usul tersebut diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan-ordinan darurat secara harmoni dan berpelembagaan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button