Nasional

Doktor menangis tidak dapat selamatkan pesakit muda Covid-19

“Ramai pakar dan doktor muda menangis kecewa sebab tak mampu selamatkan pesakit COVID-19 muda.”

Begitulah luahan seorang doktor yang dikenali sebagai Hana Hadzrami menerusi akaun Facebook miliknya.

Beliau melahirkan rasa sedih dengan cabaran varian baharu yang menyerang pesakit dengan cepat.

Lebih menyedihkan pesakit masih muda tetapi serangan virus ini menyebabkan paras oksigen darah turun mendadak.

Semalam pesakit COVID-19 saya meninggal. Cardiac arrest ketika dalam posisi telangkup, intubated. Kelam kabut kami telentangkan dia untuk CPR. Tekanan saluran pernafasan sangat tinggi namun bukan disebabkan tiub tersumbat atau terbengkok.

Related Articles

Memang perubahan ARDS paru-paru beliau sangat teruk dengan tekanan yang tinggi.

Beliau baru awal 40an. Semenjak kami tahu yang beliau balu dengan anak dua; kami memang sangat berwaspada.

Bayangkan semenjak masuk ICU, kami tak perasan yang setiap hari kami duk update melalui telefon, anak beliau yang baru berumur 15 tahun. Semua sangka bercakap dengan anak dewasa. Sampailah hari saya on call baru tahu.

Beliau tinggal di rumah kuarantin berdua dengan adiknya yang berumur 12 tahun. Kami tanya ada saudara mara lain? Langsung tiada. Tiada datuk nenek. Tiada pakcik makcik. Ayah dah meninggal. Hanya jiran yang baik hati tolong hantar makanan semenjak ibu mereka masuk wad.

Dalam dunia cuma mereka bertiga. Bayangkan. Jadi kami lakukan CPR dengan penuh kesungguhan. Terlalu desperate sambil berdoa dalam hati; Tuhan, ampunkan kami semua, tolonglah selamatkan dia. Namun dia tetap pergi.

Detik cemas silih berganti.

Sewaktu saya suruh MO sampaikan berita pada anak beliau pada jam 1 pagi; dalam hati saya tertanya; bagaimana lah budak umur 15 tahun nak uruskan pengkembumian ibunya.

Hati saya benar-benar kosong waktu saya mandi selepas doffing. Menangis dalam shower.

Namun kesedihan itu tak bertahan lama. Setengah jam kemudian saya dipanggil masuk ke ICU kerana ada pesakit lain yang berumur 30 tahun tiba-tiba desaturate (paras oksigen darah turun). Tukar tiub, telangkupkan dia. Sibuk sampai ke pagi.

Sekarang umur 20-30 tahun pun boleh meninggal secara tiba-tiba depan mata. Licik sungguh varian baru ini. Kami sedih namun tak sempat berduka. Segala keperitan kami simpan jauh dilubuk hati. Simpan simpan simpan hingga hati keras dan kebas.

Sampai bila?

Moga rakyat Malaysia tabah dan terus kekal menjaga SOP lebih ketat lebih lagi dengan varian baharu ini yang lebih cepat merebak.

Sumber: Hana Hadzrami

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button