Saya dah vaksin, cuma tak beritahu pada umum sebab ramai yang sensitif – Siti Nurhaliza
PENYANYI terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui yang dia telah mengambil vaksin Covid-19 tetapi tidak menghebahkannya kepada umum.
Menurut penyanyi itu, dia memilih untuk tidak menghebahkannya kerana menganggap isu vaksin ini sesuatu yang sensitif untuk dikongsi.
“Saya dah ambil vaksin cuma tidak letak di media sosial sebab kadang-kadang kalau kita letak orang cakap, tak letak pun orang cakap kan. Jadi biar sajalah kita tahu dan kita sendiri tahu.
“Mana yang tahu tu, tahu je lah. Kalau nak juga gambar nanti saya postlah,” katanya di menerusi video di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut Siti, isu vaksin ini dianggap sebagai sesuatu yagn sensitif untuk orang ramai dan dia merakasan tidak perlu untuknya berkongsi kepada umum.
Dalam pada itu, pelantun lagu Kuasa Cintamu itu turut menyeru orang ramai mengambil suntikan vaksin bagi mengekang penularan Covid-19.
Tambahnya, dia juga meminta supaya tidak keluar dari rumah jika tidak mempunyai sebarang urusan penting. -SM