Hiburan

Akhirnya Caprice minta maaf, akui terlalu emosi

PENYANYI, Caprice hari ini memohon maaf atas kesilapannya kerana terlalu emosi tentang perjuangannya demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, Caprice meminta maaf kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahi; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan pendakwah bebas, Ebit Lew.

“Caprice nak ucapkan terima kasih kepada Hishammuddin, kedutaan Malaysia di Mesir, Kerajaan Mesir untuk kemudahan, sokongan, perlindungan 24 jam selama Caprice di Mesir.

“Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Caprice nak ucapkan terima kasih juga kepada Datuk Seri Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang tiba-tiba menjadi seorang ayah kepada saya selama kita kenal,” katanya.

Menurut Caprice, dia tidak mampu membayar semula semua jasa yang telah diberikan Azeez sepanjang misi tersebut.

Penyanyi itu juga turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli HM4P, team Mercy dan media di Mesir kerana menjadi pelindung kepadanya secara 30 hari.

“Caprice juga meminta maaf kepada ibu dan ayah kerana membuat mereka risau dengan keselamatan saya.

“Minta maaf kepada Malaysia dan Rakyat Malaysia,” katanya.

Tambahnya, Caprice juga memberitahu yang dia akan pulang selepas dia menunaikan beberapa janji yang telah dibuat kepada rakyat Palestin.

Terdahulu, nama penyanyi itu menjadi hangat selepas memberitahu yang dia akan membuat satu pendedahan pada 21 Julai berkaitan dengan apa sebenarnya yang berlaku melibatkan negara di Palestin.

Malah, Caprice mula memberitahu yang dia ingin membongkar perkara tersebut selepas Ustaz Ebit Lew berjaya memasuki Gaza.

Ramai yang berpendapat bahawa Caprice terlalu emosi kerana tidak berjaya memasuki Gaza sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button