Hiburan

Caprice kecewa dengan Ebit Lew

RAMAI yang sudah maklum berkenaan dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dan Caprice yang telah ke Gaza, Palestin baru-baru ini.

Malah, kedua-dua mereka sempat bertemu di Gaza dan meluangkan masa untuk berbual-bual menerusi gambar yang dikongsikan sebelum ini.

Namun, selepas Ebit Lew pulang ke Malaysia dan Caprice pula masih di Gaza, lain pula cerita yang berlaku.

Terbaharu, akaun Instagram Caprice kini tidak lagi boleh mengikut akaun Instagram milik Ebit Lew.

Caprice juga seolah-olah memberitahu ada perkara yang tidak elok berlaku sehinggakan ada orang Palestin memandang serong terhadap orang Malaysia yang hadir ke sana.

Selain itu, Caprice turut mendedahkan mesej panjang lebar yang dihantarnya kepada Ebit Lew.

Antara kandungan mesej berkenaan adalah tegurannya terhadap Ebit Lew yang hanya memberi tumpuan kepada budak miskin serta memberi makanan serta duit ketika berada di Palestin.

Menurut Caprice, tindakan tersebut ternyata kurang disenangi oleh beberapa pihak di sana.

Jelasnya, sebelum ini hubungannya dengan Ebit Lew cukup baik dan menyatakan ada individu yang cuba mengeruhkan hubungan mereka berdua.

Namun, penyanyi rap itu masih tidak mendedahkan sepenuhnya apa yang sedang berlaku sebaliknya meminta semua menonton IG Live akaunnya pada pukul 9 malam, 29 Julai ini untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Sehingga kini, Ebit Lew tidak memuat naik sebarang status yang ditujukan kepada Caprice sebaliknya masih terus aktif dengan kerja-kerja kebajikan.

Caprice pula berulang kali meminta semua menunggu sehingga 21 Julai untuk mendedahkan secara terperinci apa yang berlaku di Gaza dan yang disorok daripada rakyat Malaysia.

Adalah lebih baik jika Caprice terus memberitahu apa masalah sebenarnya daripada terus mengeluarkan status berbaur teka-teki yang akhirnya boleh membawa kepada unsur fitnah dalam kalangan kedua-dua pengikut.

Jika faktor keselamatan menjadi isu buat Caprice sehingga terpaksa menanti 21 Julai untuk mendedahkan semuanya, lebih baik tidak payah muat naik sebarang status.

Tunggulah sehingga selamat kembali ke Malaysia, duduk di dalam bilik sendiri yang diyakini selesa dan selamat, barulah buka cerita sepenuhnya.

Tak perlu cerita sekerat jalan yang akhirnya boleh membawa fitnah apatah lagi melibatkan seorang agamawan dan individu yang cukup sinonim dengan kerja-kerja kebajikan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button