PPV IDCC Shah Alam ditutup hari ini, petugas positif Covid-19
PUSAT Pemberian Vaksin (PPV) Shah Alam ditutup hari ini berikutan terdapat kes Covid-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas.
Badan bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan berkata, PPV tersebut akan ditutup selama satu hari
Langkah penutupan segera diambil hasil daripada keputusan ujian Covid-19 yang diperoleh malam tadi dan bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankaan.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan ujian saringan Covid-19,” katanya.
Mereka yang telah mendapat janji temu hari ini akan dijadualkan semula kepada satu tarikh lain. Mereka akan dimaklumkan tarikh baharu secepat mungkin.-SM