Nasional

Arab Saudi terima jemaah disuntik Sinovac

KERAJAAN Arab Saudi meluluskan kemasukan jemaah dari negara lain yang disuntik dengan vaksin Sinovac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan jemaah ke negara itu.

“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.

“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.

“Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac,” kata Zulkifli dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mengingatkan rakat supaya memberi fokus untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi.

Sehingga kini Arab Saudi telah meluluskan enam jenis vaksin bagi kemasukan jemaah ke negara tersebut iaitu Pfizer, Moderna, Astrazeneca, Janssen, Sinopharm dan Sinovac.-SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button