Nasional

Sokong raja biar konsisten, bukan hipokrit untuk rebut kuasa

PARA pemimpin politik yang menyokong institusi raja perlu konsisten dan bukan bersifat hipokrit memberi sokongan samata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau meliau Presiden PKRDatuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) bersungguh-sungguh cuba memposisikan diri sebagai menyokong titah Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, Ini menyerlahkan hipokrasi mereka kerana sejak bila pula mereka ini betul-betul mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu?

“Sebelum ini Anwar dan PH dilihat tidak serius apabila ahli parti mereka menghina institusi Raja-Raja Melayu. Anwar dan pemimpin PKR hanya menegur kosong sahaja ahli PKR seperti Iswardy Morni yang begitu biadap menghina Agong dan Permaisuri Agong beberapa bulan lalu. Malahan ada juga mereka mempertahankan individu yang jelas biadap terhadap YDP Agong.

“Ini mencerminkan karekter sebenar Anwar dan anak-anak muridnya. Menyokong hanya ketika ia menguntungkan agenda diri sendiri, dan senyap membiarkan macai menghina bila nampak tiada faedah.

“Saya syak Anwar dan anak-anak muridnya begitu galak menyokong kali ini kerana sudah tidak sabar untuk menyambung usaha menggugat kestabilan negara demi untuk merampas kerajaan. Walaupun YDP Agong dan rakyat mahukan semua pihak berhenti berpolitik sementara negara berperang dengan pandemik COVID-19, Anwar dan muridnya masih rakus ingin merampas kuasa,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, beliau sepertimana juga barisan pemimpin yang lain merafak sembah mendokong titah Agong. Perdana Menteri juga telah mengumumkan bahawa sidang parlimen akan diadakan dalam masa terdekat.

“Tetapi mana jaminan dan komitmen Ketua Pembangkang dan anak-anak muridnya bahawa Sidang Parlimen yang akan diadakan itu wajib digunakan untuk membincangkan isu-isu rakyat dan bukan untuk mengejar impian politik peribadi dengan cara menggugat kestabilan pentadbiran negara?

“Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa terbuka menerima pandangan berbeza daripada pelbagai pihak untuk kebaikan bersama. Adakah Anwar sanggup beri jaminan bahawa segala rencana politik peribadi akan dihentikan,” tanya beliau. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button