Ekonomi

Platform digital bantu LBS capai bakal pembeli

PEMAJU perbandaran terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) kekal komited untuk menangani cabaran dari  pandemik dengan meningkatkan lagi inisiatif jualan bagi kemudahan bakal pembeli.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, LBS telah meramalkan potensi proses digitalisasi. Di samping meneruskan keupayaan serta memperkukuhkan jaringan digitalisasinya seiring dengan keadaan semasa, inisiatif awal yang di ambil oleh LBS untuk beralih ke platform digital, telah membantu untuk menjangkau lebih
ramai kumpulan sasaran di luar sana, khususnya bakal pembeli rumah kali pertama.

Inisiatif ini merangkumi pelbagai platform dalam talian termasuk bilik pameran maya, laman web, pemasaran e-mel (EDM), serta platform media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, dan YouTube.

Sebelum pembukaan semula galeri jualan, LBS berusaha untuk membawa pengalaman menonton bilik pameran maya yang realistik kepada bakal pembeli.

Ini terbukti di mana pada awal Januari 2021, LBS telah melancarkan Laman Hartanah Maya, di mana pembeli rumah dapat melihat serta menerokai kesemua projek dan hartanah LBS di dalam definisi tinggi (HD) dari keselesaan kediaman mereka.

Sepanjang tempoh bermula dari 1hb Jun sehingga 28 Jun 2021, LBS terus memperoleh angka tempahan yang memberangsangkan berjumlah RM 274 juta walaupun berhadapan dengan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh. Pada 28 Jun 2021, LBS telah mengumpul jumlah jualan sebanyak RM 601 juta dan tempahan dalam jangkaan sebanyak RM 665.9 juta.

Dengan pelanjutan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) baru-baru ini sehingga 31 Disember 2021, ianya merupakan peluang baik yang perlu dimanfaatkan oleh bakal pembeli bagi mendapatkan rumah impian mereka dengan pengecualian bayaran yang dapat meringankan beban kewangan pembeli rumah.

Di samping itu, LBS turut memperkenalkan kempen pemasaran terbarunya, “#DudukRumah Deals 3.0” pada
bulan April 2021, di mana pembeli rumah boleh mendapatkan rumah impian mereka dengan hanya membayar RM200.

Sebagai tambahan, pembeli rumah berpeluang memenangi Duit Raya bernilai lebih daripada RM445,000 dari kempen Raikan Rezeki  Bersama LBS yang sedang berlangsung, dengan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih
dari RM1 juta. Kempen ini akan berakhir pada 30 Jun 2021. Untuk keterangan lanjut mengenai kempen ini, layari https://raya/lbs/com/my.

“Dengan bantuan dari dasar kerajaan, kempen yang kreatif, serta penggunaan platform arus perdana dan digital yang mantap, di mana setiap satunya memenuhi permintaan pasaran hari ini, saya amat teruja untuk mengumumkan bahawa LBS berada di landasan yang betul dan berjaya mencatat jumlah jualan yang memberangsangkan,”ujar Tan Sri Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina.

Katanya, ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kakitangan di LBS di dalam merancang dan  membina kediaman yang berkualiti serta mampu milik, saya juga gembira dengan perlaksanaan inisiatif ini, ia dapat membantu merealisasikan impian orang ramai untuk memiliki kediaman mereka sendiri di masa yang mencabar kini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button