Politik

Armada cadang moratorium semua jenis pinjaman hingga 31 Disember

Armada Nasional mencadangkan kepada kerajaan agar melaksanakan serta-merta moratorium automatik tanpa faedah.

Menurut Penolong Bendahari Armada Nasional Syafiq Mohd. Zin, skop moratorium perlu diperluaskan merangkumi sektor pinjaman berlesen; penjualan secara kredit meliputi penggunaan kad kredit, pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia.

Beliau turut mencadangan moratoirum terhadap pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Tekun Nasional dengan tidak mengenakan sebarang caj tambahan atau faedah.

Moratorium tersebut juga perlu diperluaskan terhadap segala bentuk bayaran sewaan, lesen perniagaan dan lesen pihak berkuasa tempatan.

“Armada melalui Jabatan Bendahari amatlah berharap agar moratorium automatik ini dijayakan sepertimana gesaan kami.

“Sesungguhnya pelaksanaan moratorium automatik ini mampu menjadi mercu keprihatinan kerajaan ke atas rakyat, dalam menyuntik kembali semangat rakyat seluruhnya mendepani pandemik dan menjayakan inisiatif kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Cadangan tersebut, merupakan sokongan terhadap saranan Ketua Armada Nasional Senator Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini yang pernah mendesak solusi yang baik digagaskan dalam isu moratorium agar rakyat mendapat manfaat.

Tambah Pengerusi Biro Kewangan Armada Nasional itu, cadangan tersebut selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dilihant sebagai ‘jalan keluar’ yang cukup baik dan wajar diberikan fokus serta keutamaan rentas politik oleh segenap pihak.

“Kembali membangkitkan desakan, Armada ingin menegaskan pendirian dan hasrat Armada sebegitu suara masyarakat teramai serta menyambut seruan serta harapan sebilangan besar badan penggerak masyarakat dalam pada kami yang bersungguh ingin melihat kejayaan Pelan Pemulihan Negara dalam membantu rakyat,” katanya.-SM

 

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button