GajetUlasan

Dilema pembeli peranti di Malaysia

antara faktor lain yang patut anda beri perhatian selain harga semasa memilih...

Pernahkah anda ditanya soalan ini, “Peranti mana yang sesuai untuk dibeli?” Saya yakin soalan ini selalu anda alami kan? Dan biar saya teka jawapan anda, yang pertama sekali ialah berpandukan bajet, betul tak?

Jadi, bagaimanakah cara terbaik untuk membeli atau mendapatkan peranti baru yang sesuai untuk anda?

Selain bajet, kebanyakan rakyat Malaysia memilih peranti adalah berdasarkan 5 faktor popular seperti berikut:

  • Cip Pemprosesan

Secara umumnya, cip pemprosesan adalah “otak” bagi sesuatu peranti itu. Beberapa cip pemprosesan yang biasa digunakan termasuklah Snapdragon, Mediatek, Kirin & Exynos untuk peranti Android dan IOS untuk peranti iPhone.  Secara dasarnya, semakin canggih sesuatu cip itu, semakin mahal harganya.

  • Kamera

Teknologi pembangunan kamera peranti semakin pesat sehinggakan mampu menyaingi kamera manual hari ini.  Bermula dengan 1 lensa hingga beberapa lensa yang memenuhi kehendak setiap pengguna.  Jadi, tentukan lensa jenis apakah yang anda perlukan.  Jika perlu perincian, pilih yang kamera utama yang bermegapiksel tinggi.  Jika perlu ambil gambar zoom atau sudut luas, pilih peranti yang ada lensa sudut luas atau “wide angle”. Andai perlukan semua jenis lensa, pilih peranti yang mempunyai pelbagai lensa seperti Nokia 9 Pureview yang memiliki 5 lensa!

  • Bateri

Faktor ini sangat menarik kerana ramai yang tidak menyedarinya. Cip hebat, kamera terperinci tiada gunanya jika peranti hanya boleh diguna pada waktu yang singkat. Oleh itu, pertimbangkan bateri yang besar ketika memilih peranti.

  • Kualiti Binaan

Kebanyakan pengeluar peranti hari ini amat mengutamakan kosmetik atau binaan luar peranti yang menarik bagi memberi pilihan kepada pengguna. Tetapi harus di ingat bahawa binaan luar & rekabentuk yang menarik tidak semestinya mempunyai cip pemprosesan yang lancer.  Jadi, pilihlah mengikut citarasa anda, yang berkilat tetapi kemasan belakang polikarbonat atau aluminium, atau kombinasi kedua-duanya tetapi harus berabelanja lebih kerana lazimnya peranti begini akan memakan kos yang lebih disebabkan kos bahan mentah & pengeluaran yang tinggi.

  • Peranti Lazim

Kebanyakan pengguna akan memilih peranti berdasarkan pemerhatian penggunaan rakan-rakan yang sedia ada.  Atau dalam kata lain, pembelian peranti baru akan juga dipengaruhi oleh peranti-peranti yang selalu diguna oleh rakan-rakan sekeliling.  Sebagai contoh, 7 dari 10 rakan sejawat menggunakan jenama Samsung dan 3 lagi gunakan peranti jenama lain.  Jadi, tepuk dada tanya selera anda ya.

Kesimpulannya, factor-faktor di atas hanyalah panduan asas & lazim bagi rakyat dalam pemilihan pembelian peranti baru.  Diharap ianya dapat membantu anda dalam menentukan peranti terbaik untuk anda ketika masa untuk membeli peranti baru nanti ya!

Selamat memilih!

Kredit : Banaka Gadget

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button