Hiburan

Pelakon, pelawak Ramassuntran Rengan meninggal dunia

PASTI ramai yang mengenali  kerana penampilannya sebagai pelakon di kaca televisyen. Beliau seorang pelawak tetapi agak low profile dari segi publisiti kerana tumpuannya adalah kepada bidang seni, bukan kepada glamer.

Kira-kira pukul 3 pagi tadi, terbaca satu hantaran di Facebook oleh seorang sahabat yang memaklumkan Rama,, 57, meninggal dunia.

Berita mengejutkan ini disusuli dengan pertanyaan, apakah mendiang Rama sakit kerana tidak kedengaran khabar yang mengatakan kesihatan Rama tidak begitu baik.

Rama dikatakan menghadapi masalah jantung dan mendiang menghembuskan nafas terakjhirnya di hospital.

Memang benar seperti catatan sahabat Facebook, banyak kenangan manis yang ditinggalkan oleh mendiang Rama kepada kawan-kawannya.

Bagi mereka yang mengenali Rama, pasti terasa kehilangannya iaitu seorang pelakon, pelawak, penyanyi dan pengarah yang sangat dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawabnya.

Sikap baik dan terpuji yang ada pada mendiang, beliau tidak pernah berkira dan selalu ringan tulang selain daripada tidak pernah tengok, beliau marah kalaupun tidak berpuas hati.

Mendiang lebih memilih untuk bersikap diam sahaja dan tidak suka bising-bising.

Sebenarnya, jika mahu diungkapkan pencapaian mendiang Rama dalam bidang seni, sememangnya luas.

Mungkin tidak ramai yang tahu, seperti catatan rakan Facebook yang mengkhabarkan tentang kehilangan Rama, mendiang pernah berlakon filem luar negara.

Mendiang juga pernah ke China dan negara jiran Singapura untuk menjalani penggambaran filem suatu ketika dahulu.

Mendiang juga aktif dalam Persatuan Teater, Seniman, Yayasan Artis Veteran Malaysia dan lain-lain lagi.

Mendiang Rama semasa hayatnya, aktif sebagai sukarela Angkatan Perkhidmatan Awam yang membantu mangsa banjir dan bencana alam sehingga dikurniakan pangkat Kapten.

Salam takziah buat isteri dan keluarga mendiang Rama. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button