Luar Negara

Thailand catat kes Covid-19 harian tertinggi sejak pandemik bermula

9,635! Itu catatan kes Covid-19 di negara jiran, Thailand yang dilaporkan semalam dengan jumlah kes baharu 9,635 termasuk 6,853 kes yang melibatkan banduan dan 25 kematian dalam tempoh 24 jam.

Dilaporkan, kerajaan Thailand terus berusaha membendung gelombang jangkitan ketinga di negara itu, angka yang dicatatkan tetap tinggi.

Ia merupakan jumlah harian tertinggi sejak Covid-19 diisytiharkan sebagai pandemik bermula Januari 2020 (tahun lepas) dan setakat ini, Thailand telah mencatatkan secara keseluruhan atau kumulatif 111,082 kes dengan jumlah kematian, 614.

Memetik jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr. Taweesin Visanuyothin, pegawai kesihatan melakukan pengesahan kes aktif di lapan kemudahan penjara dengan lima di Bangkok masing-masing satu di Nonthaburi, Chachoengsao dan Chiang Mai, bermula 1 Mei sehingga 16 Mei lalu.

Lebih 24,000 orang tahanan dan pegawai telah menjalani saringan Covid-19 dengan 10,748 ujian positif manakala 2.235 individu lagi menunggu keputusan ujian yang telah mereka jalani.

Taweesin berkata, “pengesahan kes aktif di penjara di seluruh negara akan diteruskan dan kerajaan akan menyediakan penjagaan kesihatan yang mencukupi kepada semua banduan dan tahanan di penjara di seluruh negara.”

Setakat ini, kata Taweesin, semua pesakit menerima rawatan di hospital penjara dan hospital medan manakala pesakit yang serius dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, data menunjukkan tahanan paling banyak dijangkiti Covid-19 berada di penjara Chiang Mai dan Bangkok.

“Daripada 9,635 kes baharu, 9,626 adalah kes jangkitan tempatan termasuk 6,853 daripada kelompok penjara dan sembilan kes import termasuk empat ketibaan dari Malaysia.

“Sehingga kini, terdapat 28 kelompok aktif di 19 daerah di Bangkok,” ujar beliau.

Dalam pada itu, kes kematian melibatkan 15 lelaki dan 1- wanita berusia antara 33 dan 86 tahun, 18 kematian dari Bangkok dan masing-masing seorang di Suphan Buri, Sukhothai, Samut Sakhon, Samut Prakan, Nonthaburi, Nakhon Sawan dan Chai Nat . – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button