Hiburan

Netizen muat naik video raya Neelofa, anak menantu siap cium pipi

NAMA selebriti dan usahawan berpurdah, Neelofa sekali lagi menjadi bualan netizen dan kali ini berkaitan dengan dakwaan menziarah di hari raya.

Video tersebut tular di laman Twitter dan dipercayai dimuat naik oleh kakak Neelofa sendiri iaitu Noor Nabila di akaun Instagram miliknya,

Video berkenaan menunjukkan sesi bersalaman dan bermaaf-maafan dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, video berkenaan telah dipadam oleh Noor Nabila, tetapi ia sempat direkod oleh netizen dan kini tular di Twitter.

Video tersebut kini menjadi bahan bualan netizen kerana didapati berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di dalamnya.

Jika mengikut SOP yang telah ditetapkan, tiada ada sebarang aktiviti kunjung-mengunjung dibenarkan ketika Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button