Gajet

Yes 4G Hapus Pelan Kasi Up Prepaid Unlimited RM30, Gantikan Dengan 100GB RM49

Suatu masa dahulu, U Mobile pernah disanjung kerana menawarkan perkhidmatan data internet unlimited termurah dengan kelajuan yang memberangsangkan.

Namun setelah menerima lebih ramai pengguna baharu, harganya masih pada tahap dikekalkan namun tahap kelajuannya layak dimaki untuk sesetengah kawasan.

Pengguna setia U Mobile hilang kebanggaan dan ramai yang menamatkan kesetiaan terhadap jenama itu dan bertukar mencari jenama yang baharu.

Bagi jenama baharu yang boleh meredakan kemarahan pengguna internet adalah Yes 4G. Walaupun pada awalnya tiada fungsi hotspot, ia masih berbaloi.

Hanya dengan RM30 (SD) dan RM40 (HD), pengguna Yes 4G berpeluang menikmati Kasi Up Prepaid Unlimited dengan kelajuan purata sehingga 7Mbps.

Kelajuan data ini juga berjaya menewaskan pelan Celcom Unlimited Internet & Call yang hanya mampu dicapai pada kelajuan sekitar 3Mbps sahaja.

Walau bagaimanapun, kebanggaan pengguna baharu terhadap Yes 4G tidak kekal lama kerana ia membuat perubahan secara drastik.

Lebih malang lagi, pengguna langsung tidak dimaklumkan mengenai perubahan ini dan hanya mengetahui setelah internet tidak boleh digunakan.

Internet menjadi perlahan dan tidak menunjukkan tindak balas sehingga ramai yang menyangka Yes 4G mengalami gangguan teknikal.

Kini, pelan Kasi Up Prepaid Unlimited daripada Yes 4G sudah terkubur dan diganti dengan pelan yang agak mahal iaitu 100GB pada harga RM49.

(Visited 7,113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button