JenayahNasional

Mayat wanita separuh berpakaian ditemukan meninggal dunia lebih 48 jam

Kesan BCG menandakan mangsa warga tempatan

MAYAT seorang wanita warga tempatan ditemukan dalam keadaan separuh berpakaian di tepi sungai Rambai, Bestari Jaya, Kuala Selangor, Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Ramli Kasa, pihaknya menerima maklumat dari orang awam pada kira-kira pukul 7.30 petang berhubung dengan penemuan itu.

Mangsa yang belum diketahui identitinya, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian, kata Ramli.

Beliau berkata, butiran peribadi mangsa juga masih tidak dapat dikenal pasti.

“Mayat mangsa ditemukan terapung di tepi tebing Sungai Rambai dalam kebun kelapa sawit, lebih kurang satu kilometer dari Jalan Rawang, Bestari Jaya, dalam keadaan terlentang,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa berpakaian kemeja berwarna maroon dan berseluar jeans.

“Bagaimanapun, baju yang dipakai mangsa dalam keadaan hampir tercabut serta berada dalam keadaan separuh berpakaian,” ujar beliau.

Katanya lagi, tiada sebarang identiti ditemui pada mayat mangsa cuma mangsa dipercayai warga tempatan berikutan terdapat kesan suntikan BCG di lengannya.

Tambah beliau, hasil bedah siasat mayat mangsa di Hospital Sungai Buloh mendapati, terdapat kecederaan fizikal pada tubuh dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam.

“Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga, boleh hubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, Mohd. Sufian Amin di talian 012-6149580 atau pergi ke mana-mana balai polis berhampiran,” kata Ramli. – BERNAMA – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button