Nasional

Pukul warga asing: Yusuf Azmi, Abang Ali ditahan reman

POLIS telah menahan Yusuf Azmi, Abang Ali dan empat lagi individu untuk disiasat berhubung video yang memaparkan mereka terlibat memukul seorang warga asing di Taman Alam Jaya, Batu 9, Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua individu yang ditahan berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun.

“Walaubagaimanapun, seorang daripada mereka telah pun diberikan jamin polis malam tadi memandangkan dia adalah pemilik premis tempat kejadian.

“Kelima-lima lelaki yang ditahan telah pun dibawa ke Mahkamah Kajang dan mengeluarkan perintah reman selama sehari,” katanya.

Menurut Mohd Zaid, kes masih lagi dalam siasatan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini boleh berhubung Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintenden Mohd Radzee Jamudi (019-665 5811) atau hadir ke balai polis berdekatan. -SM

(Visited 1,659 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button