Hiburan
Baru dua bulan rujuk, Zarina Anjoulie akui dah kembali jadi janda
PELAKON, Zarina Anjoulie mengakui yang dia telah bercerai buat kali kedua dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas.
Ini adalah kali kedua pasangan ini bercerai selepas baru sahaja rujuk kembali daripada penceraian pertama kira-kira dua bulan lalu.
“Ramai tanya betul ke Anju dan Yas dah cerai. Yes betul kami dah cerai terima kasih,” katanya.
Pasangan tersebut mengambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Mac lalu setelah bercerai ketika usia perkahwinan baru mencecah lapan bulan.
Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2020.