Luar Negara
Serpihan kapal selam Indonesia ditemukan
SERPIHAN Kapal Selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) Kri Nanggala 402 yang membawa 53 anggota ditemukan di perairan Bali.
ketua Tentera Nasional Indonesia- Angkatan Laut, Yudo Margono berkata, turut ditemui termasuk komponen dan barangan di dalam kapal selam tersebut, KRI Nanggala 402.
“Sejak beberapa hari lalu, kami menemui serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal selam itu menyelam,” kata Yudo Margono kepada pemberita.
Kapal selama buatan Jerman itu dilaporkan hilang kira-kira 95 kilometer ke utara Bali pada pukul 4.25 pagi pada Rabu lalu selepas terlibat dalam satu latihan torpedo.-SM