Nasional

Buka pintu sempadan: Pilihan di tangan majikan PRT, PRA

WALAUPUN majikan mempunyai pilihan untuk mengambil Pembantu Rumah Tempatan (PRT) atau Pembantu Rumah Asing (PRA) agensi-agensi pekerja swasta tidak lagi boleh berdiam diri dan menunggu pintu sempadan negara dibuka kepada negara-negara sumber yang membekalkan PRA ke Malaysia.

Ini kerana agens-agensi pekerja swasta yang dikendalikan oleh bumiputera sudah capai tahap nyawa-nyawa ikan dan sekiranya pintu sempadan negara tidak dibuka, besar kemungkinan pengusaha atau syarikat yang mengambil pekerja swasta lebih banyak akan gulung tikar.

Bukan tidak mencari alternatif menawarkan peluang pekerjaan sebagai PRT kepada warga tempatan sementara menunggu pintu sempadan dibuka, kata Zubaidah Mubarruck Ali yang tampil sebagai tetamu Live Suara Merdeka hari ini.

“Kita sememangnya tidak mahu bersikap umpama kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Jadi kita buka tawaran kepada rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan sebagai Home Manager.

“Kita menggunakan istilah bahasa Inggeris, Home Manager untuk mengelakkan daripada menggunakan istilah sebagai pembantu rumah atau maid yang mana dalam kalangan rakyat tempatan, pekerjaan itu tidak menarik,” katanya.

Menurut Zubaidah yang merupakah Pengarah di syarikat miliknya yang mengendalikan pengambilan PRT dan PRA, sudah tiba masanya kerajaan memberi pertimbangan untuk membuka pintu sempadan kerana para majikan amat terdesak untuk mendapatkan Pembantu Rumah.

“Kami merayu kepada Kerajaan dan agensi yang berkenaan serta jabatan yang berkenaan agar membantu kami, Agensi Pekerja Swasta dalam keadaan Covid-19.

“Terdapat 10,000 visa list PRA yang boleh diproses untuk kemasukan Pembantu Rumah ke dalam negara kita dan di dalam listing saya, ada lebih 500 majikan yang menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan Pembantu Rumah.

“Maka itulah, sektor perkhidmatan ini sama penting dan memerlukan tindakan proaktif daripada kerajaan,” ujar beliau.

Menurut Zubaidah, syarat yang diletakkan kepada warga tempatan untuk bekerja sebagai Pembantu Rumah seperti tempoh bekerja dengan majikan, adalah pendek iaitu antara tiga ke enam bulan berbanding dengan PRA yang tempoh perkhidmatan mereka, dua tahun.

“Kami juga perlu diberikan kerjasama daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk memeriksa latar belakang Pembantu Rumah, asing dan tempatan kerana perlu dielakkan pekerja yang mempunyai rekod jenayah dan penagih demi keselamatan majikan,” katanya.

“Ibu-ibu tunggal, mereka yang tiada kerja boleh bekerja sebagai Home Manager.

“Kalau pengambilan pekerja asing belum dibuka lagi, ambil peluang ini. Tunjuk kepada rakyat, kita boleh bekerja. Itulah sebabnya kita ambil pekerja tempatan berumur 22 tahun sehingga 58 tahun.

“Negara sumber 21 hingga  45 tahun. Kita tengok kalau rakyat tempatan yang berumur 17 tahun untuk bekerja sebagai Pembantu Rumah, itu terlalu muda.  Jadi, kita mahu yang betul-betul nak berkerja. Bagaimanapun, mereka ini mahu stay out, tidak pilih stay in.

“Masalahnya, majikan mahukan Pembantu Rumah yang stay ini iaitu yang tinggal sekali di dalam rumah. Majikan merasakan selepas pukul 6 petang, mereka balik dari kerja dan perlu pula uruskan rumah, jadi bercelaru. Kalau ada PTA, ada orang boleh uruskan, cukup time, tidur.

“Macam PRT, majikan kena bertolak ansur. Kalau majikan mahu PRT tinggal dalam rumah atau stay in, tawarlah gaji yang tinggi. Kalau majikan mampu bayar gaji PRT RM1,400 atau RM1,900, boleh dapat PRT yang stay in tetapi tidak secepat  itu,” kata Zubaidah.

Katanya, PRT tidak mahu membuat kerja-kerja menjaga bayi dan menukar lampin tetapi PRA mahu membuat kerja menjaga bayi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button